|
|
|
|

|
|
Utama
|
|
Welcome to SK Taman Impian Emas, Johor Bahru
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Friday, 03 September 2010 |
|
|
|
|
Program Ihya' Ramadhan 1431h |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Friday, 03 September 2010 |
SKTIE 2 September – Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan, Panitia Agama Islam SKTIE telah mengadakan Program Khatam Al-Quran dan Ihya’ Ramadhan. Seramai 24 orang murid tahun 6 telah terpilih untuk menyertai program Khatam Al-Quran dan dibimbing oleh En Raimizam. Selain itu, seramai 84 orang murid yang terdiri daripada anak yatim, miskin, RMT dan KWAMP telah menerima sumbangan berupa duit raya, beras dan hamper bagi meringankan beban keluarga masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri. Di atas kerjasama PIBG dan Warga SKTIE telah berjaya memasak 3 periuk besar Bubur Asyura yang diberikan kepada semua warga SKTIE untuk dijadikan juadah berbuka puasa. |
|
|
PROGRAM PECUTAN TERAKHIR BAGI UPSR 2010 |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Thursday, 02 September 2010 |
Ibu bapa / penjaga Murid Tahun Enam SK Taman Impian Emas. Tuan, PROGRAM PECUTAN TERAKHIR BAGI MENGHADAPI UPSR 2010 SK TAMAN IMPIAN EMAS. Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah amat bimbang dengan tahap motivasi dan kealpaan murid untuk menghadapi UPSR memandangkan murid telah diberi cuti agak lama untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri . Rentetan itu pihak sekolah bercadang untuk melaksanakan satu program yang mungkin dapat membantu mengingatkan kembali murid kepada UPSR dan merasai suasana peperiksaan yang akan menjelang pada 21, 22 DAN 23 September 2010 . 2. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut ; Tarikh : 17 – 19 Septenmber 2010 Masa : Jumaat ( 17 Sept 10 ) 7.30 pagi – 12.00 tgh Sabtu & Ahad ( 18 & 19 Sept 10 ) 8.00 pagi – 5.30 ptg Tempat : SK Taman Impian Emas 3. Sehubungan itu pihak sekolah mewajibkan semua murid Tahun Enam untuk menghadiri program tersebut. Sekiranya anak tuan puan tidak dapat menyertai program tersebut, tuan puan hendaklah terus menghubungi Guru Besar atau Guru Penolong Kanan kurikulum di talian 07-5544214. 4. Bagi menampung sebahagian daripada kos program dan makanan murid , ibu bapa / penjaga diharap dapat menyumbangkan RM 20.00 seorang . Duit sumbangan bolehlah diserahkan kepada guru kelas. Ibu bapa / penjaga juga diingatkan agar dapat menguruskan pengangkutan murid pergi dan balik .Jadual Program |
|
|
Ditulis oleh putera
|
|
Thursday, 02 September 2010 |
|
Kepada Ibu Bapa dan Penjaga Murid-murid SK Taman Impian Emas Cuti Sekolah Bagi Pertengahan Penggal ke-2, Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Sempena Hari Malaysia. Tarikh Cuti : 4 September hingga 16 September 2010 Tarikh sekolah dibuka : 17 September 2010 ( Jumaat ) Hari Persekolahan Untuk Gantian Cuti Hari Raya Aidilfitri Tarikh : 18 September 2010 ( Sabtu ) Jadual Waktu Hari Selasa Tarikh : 2 Oktober 2010 ( Sabtu ) Jadual Waktu Hari Rabu Kelas Tambahan Murid Tahun 6 ( Pecutan Terakhir ) Tarikh : 18 hingga 19 September 2010 ( Sabtu dan Ahad ) Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang Kelas Yang Dicutikan Semasa Peperiksaan UPSR 2010 21 September 2010 ( Selasa ) = Tahun 1, 2, 3 dan 4 22 September 2010 ( Rabu ) = Tahun 1 , 2 dan 3 23 September 2010 ( Khamis ) = Tahun 1, 2, 3 dan 5 |
|
|
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dari Warga SKTIE |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Monday, 30 August 2010 |
|
|
|
|
Pelancaran Hari Kemerdekaan |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Thursday, 12 August 2010 |
|
2 Ogos Skudai – Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Pn Hjh Ta’siah Binti Mohd Salleh ( Guru Besar ). Satu Malaysia Menjana Transformasi merupakan tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini kali ke 53. Majlis dimulakan dengan doa dan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah. Seterusnya bacaan ikrar dari wakil pengawas. Majlis diteruskan dengan Ucapan Pengerusi iaitu Pn Siti Rohani Binti Sujud ( HEM ) dan seterusnya Ucapan Perasmian dan alu-aluan oleh Pn Hjh Ta’siah Bt Mohd Salleh. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu 31 Ogos 1957, Persembahan koir dan persembahan sajak oleh wakil murid. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’. |
|
|
Ditulis oleh putera
|
|
Thursday, 22 July 2010 |
| | | Pertandingan ini berlangsung pada 17 Julai 2010 ( Sabtu ) di City Square, Johor Bahru. SIRC ini dianjurkan oleh New Straits Time dengan kerjasama RHB Berhad. SKTIE telah menghantar 4 orang wakil dan seorang guru pembimbing iaitu Pn Kamar Nazileen Bin Hussein. Peserta yang mewakili sekolah ialah Nur ‘Iffah Haziqah Bt Ja’far ( 5e1 ), Ahmad Fahmie B Hassan ( 5e1 ), Siti Zainab Beevi Bt Navutha Maricar ( 6e1 ) dan Isaac Mok Kai Xiang ( 6e1 ). Seorang daripada mereka iaitu Adik Isaac Mok telah Berjaya ke pusingan akhir dan berjaya menduduki tempat ke-4 dalam pusingan akhir tersebut. Hadiah yang diperolehi berupa wang tunai RM 800, sebuah plak dan sijil. Satu kejayaan yang membanggakan kerana ini merupakan penyertaan sulung SKTIE dalam Pertandingan SIRC peringkat Johor. | |
|
| |
|
Tarikh Peperiksaan
UPPM 12, 3 dan 4 Mac 2010 PKSR 123, 24 dan 25 Mac 2010Jadual PKSR UPPM 225, 26 dan 27 Mei 2010Tahun 6 Sahaja Pep Setengah Tahun1, 2, 3 dan 4 Jun 2010Tahun 1 hingga 5 Percubaan UPSR / UPPM 3 27, 28 dan 29 Julai 2010 PKSR 224, 25 dan 26 Ogos 2010Jadual PKSR Pep Akhir Tahun26, 27, 28 dan 29 Okt 2010
Visitors
 | Hari ini | 43 |  | Semalam | 173 |  | Minggu ini | 430 |  | Bulan ini | 1573 |  | Keseluruhan | 69538 |
|