|
|
|
|

|
|
|
|
Ditulis oleh putera
|
|
Tuesday, 09 February 2010 |
|
SAKTIE 6 Feb – Unit Bimbingan Dan Kaunseling SAKTIE telah berjaya mengadakan Program Taklimat Ibu Bapa Penjaga Tahun 6. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asyakirin B Asrak. Majlis diteruskan dengan laporan keputusan UPSR tahun 2009 dan tahun sebelumnya oleh En Ja’far B Ahman GPK Kurikulum. Taklimat Program Tahun 6 bagi tahun 2010 telah disampaikan oleh En Mohamad B Rahmat selaku Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKTIE dan meminta persetujuan dari ibu bapa dan penjaga tentang aktiviti yang akan diadakan. Ibu Bapa dan Penjaga juga turut bersetuju dengan kos yang telah dibentangkan. Majlis dimantapkan lagi dengan bacaan Ikrar Murid tahun 6 yang diketuai oleh Adik Haiqal Iskandar. Murid-murid berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010. Ibu bapa penjaga tahun 6 turut mengangkat ikrar yang diketuai oleh En Abd Razak. Ibu bapa penjaga berikrar akan memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka untuk menghadapi UPSR tahun ini. Tidak lengkap rasanya jika Guru Tahun 6 tidak berikrar. Ikrar Guru tahun 6 telah diketuai oleh En Mohd Nazam B Affendi. Guru-guru berikrar akan menjalankan tugas dan amanah sebagai guru tahun 6 dan memastikan kejayaan setiap murid-murid. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pn Hjh Ta’siah Bt Mohd Salleh Guru Besar SAKTIE dan Ucapan penutup oleh En Harris selaku YDP PIBG SAKTIE. Majlisberhenti rehat pada pukul 10.30 pagi dimana ibu bapa penjaga menjamu selera di bawah Lobi Pusat Sumber dan disambung dengan perjumpaan ibu bapa penjaga dengan guru-guru mata pelajaran sehingga pukul 1.00 petang. Lihat Gambar
|
|
|
Tarikh Peperiksaan
UPPM 12, 3 dan 4 Mac 2010 PKSR 123, 24 dan 25 Mac 2010Jadual PKSR UPPM 225, 26 dan 27 Mei 2010Tahun 6 Sahaja Pep Setengah Tahun1, 2, 3 dan 4 Jun 2010Tahun 1 hingga 5 Percubaan UPSR / UPPM 3 27, 28 dan 29 Julai 2010 PKSR 224, 25 dan 26 Ogos 2010Jadual PKSR Pep Akhir Tahun26, 27, 28 dan 29 Okt 2010
Visitors
 | Hari ini | 70 |  | Semalam | 175 |  | Minggu ini | 826 |  | Bulan ini | 1969 |  | Keseluruhan | 69933 |
|