|
|
|
|

|
Utama Kata Alu-Aluan
|
|
Kata Alu-Aluan Guru Besar |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Thursday, 24 April 2008 |
Tn Hjh Ta'siah Binti Mohamad Salleh Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa ICT SaKTIE kerana dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan maka laman web sekolah ini dapat dibangunkan dengan jayanya.
Pembangunan laman web ini membawa seribu makna kepada seluruh warga SaKTIE kerana medium ini menjadi saluran informasi yang memaparkan segala perkembangan dalam cacatan sejarah sekolah yang sedang menuju ke era kecemerlangan.
Bersesuaian dengan arus kemodenan yang berlaku dalam dunia pendidikan, cabaran dan peluang untuk murid-murid memajukan diri adalah amat luas. Hal ini bermakna satu mekanisme baru perlu diwujudkan di dalam diri murid-murid agar menjadi insan kamil yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa kini.
Selain itu, peranan warga pendidik sebagai pemudah cara kepada murid-murid tidak kurang pentingnya. Para pendidik perlu melakukan satu anjakan paradigma dan menjadi lebih kreatif dan berinovatif demi melahirkan generasi yang mempunyai jati diri dan berdaya saing untuk menghadapi cabaran arus globalisasi.
Kepada para ibu bapa pula, saya mengharapkan kerjasama dan keterlibatan yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan sebarang program yang dianjurkn oleh pihak sekolah. Hal ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan kecemerlangan akademik, kokurikulum mahupun sahsiah anak-anak kita yang menuntut di SaKTIE. Tanpa kerjasama daripada semua, setiap program yang dijalankan tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.
Akhir kata, saya amat berharap agar seluruh warga sekolah ini dapat mempertingkatkan kualiti diri masing-masing agar amanah yang terpikul di bahu kita dapat kita sempurnakan dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Pn Hjh Ta'siah Binti Mohamad Salleh Guru Besar, SK Taman Impian Emas. |
|
|
|
Tarikh Peperiksaan
UPPM 12, 3 dan 4 Mac 2010 PKSR 123, 24 dan 25 Mac 2010Jadual PKSR UPPM 225, 26 dan 27 Mei 2010Tahun 6 Sahaja Pep Setengah Tahun1, 2, 3 dan 4 Jun 2010Tahun 1 hingga 5 Percubaan UPSR / UPPM 3 27, 28 dan 29 Julai 2010 PKSR 224, 25 dan 26 Ogos 2010Jadual PKSR Pep Akhir Tahun26, 27, 28 dan 29 Okt 2010
Visitors
 | Hari ini | 51 |  | Semalam | 173 |  | Minggu ini | 438 |  | Bulan ini | 1581 |  | Keseluruhan | 69545 |
|