Top Module Empty

Pintasan


Utama arrow Sejarah Sekolah
Sejarah Sekolah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Thursday, 24 April 2008

LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH

 

SK TAMAN IMPIAN EMAS

JOHOR BAHRU

Sekolah  Kebangsaan Taman Impian Emas ditubuhkan mengambil nama sempena nama sebuah taman dimana sekolah ini didirikan iaitu Taman Impian Emas.Alamat penuh sekolah ini ialah SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN EMAS, JALAN IMPIAN EMAS 10 , TAMAN IMPIAN EMAS, 81300 JOHOR BAHRU,JOHOR.

 

Sekolah ini dibina di atas Lot PTD 70959 seluas 5.85 ekar oleh sebuah syarikat swasta iaitu EWT CORPORATION SDN BHD.Manakala rekabentuknya di reka oleh KAZ ARKITEK.Sekolah ini dibina di atas konsep ‘Design and Build’.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada pada 06 Disember 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002.Sekolah ini mempunyai sebuah Blok Pentadbiran,3 Buah Blok Bilik Darjah untuk menampung 30 buah kelas, makmal komputer,makmal sains dan Pusat Sumber.Selain itu Lot tempat letak kereta, tempat letak basikal, sebuah padang bola sepak,sebuah gelanggang serbaguna juga disediakan.

 

Pada awalnya sekolah ini diselia oleh En Ja’far Bin Ahman, guru yang dilantik sebagai Penyelaras oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi membantu kerja-kerja pemantauan projek serta menghantar laporan ke PPD juga JPNJ setiap perkembangan sekolah.Selain itu kerja-kerja penerimaan alatan kelengkapan sekolah juga telah dilakukan oleh Penyelaras.

 

Pada 01 Januari 2003 SK Taman Impian Emas dengan rasminya telah dibuka dan beroperasi.Hari Isnin tanggal 06 Januari 2003 SK Taman Impian Emas telah dirasmikan pembukaannya oleh Puan Nor Ezah Bt Mohd Nor ,Pegawai dari Unit Pembangunan JPNJ dan bermulalah sesi persekolahan untuk tahun itu. Dengan kekuatan 10 orang guru serta 198 orang pelajar yang datang dari Taman Impian Emas serta taman-taman berdekatan SK Taman Impian Emas terus mara untuk menghadapi cabaran di alam pendidikan.Tahun 2004 pula  merupakan tahun pertama SK Taman Impian Emas melahirkan calon-calon UPSR.

 

Pada tanggal 17 Mac 2003 merupakan hari yang bersejarah bagi SK Taman Impian Emas kerana telah menerima kedatangan Guru Besar yang PERTAMA iaitu EN MOHAMAD BIN SAMAON.Sebelum itu beliau telah bertugas di PPD Pontian sebagai Penyelia Pendidikan (Sektor Akademik).

Dalam masa yang sama jumlah guru dan murid terus bertambah dari hari kesehari.Bermula di era beliau juga SK Taman Impian Emas terus dikenali di Daerah Johor Bahru kerana keperihatinan serta komitmen yang tinggi beliau terhadap sekolah khususnya dari segi akademik,kokurikulum, disiplin serta keceriaan sekolah.

 

Guru Besar

 

Tarikh Peperiksaan

 
UPPM 1
2, 3 dan 4 Mac 2010
 
PKSR 1
23, 24 dan 25 Mac 2010
Jadual  PKSR
 
UPPM 2
25, 26 dan 27 Mei 2010
Tahun 6 Sahaja
 
Pep Setengah Tahun
1, 2, 3 dan 4 Jun 2010
Tahun 1 hingga 5
 
Percubaan UPSR
/ UPPM 3
27, 28 dan 29 Julai 2010
 
PKSR 2
24, 25 dan 26 Ogos 2010
Jadual PKSR
 
 Pep Akhir Tahun
26, 27, 28 dan 29 Okt 2010
 

Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini62
mod_vvisit_counterSemalam192
mod_vvisit_counterMinggu ini1875
mod_vvisit_counterBulan ini1035
mod_vvisit_counterKeseluruhan69000

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pendidikan Johor


© 2010 www.saktie.com
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.