|
|
|
|

|
|
Utama
|
|
Welcome to SK Taman Impian Emas, Johor Bahru
|
Ditulis oleh putera
|
|
Thursday, 22 July 2010 |
| | | Pertandingan ini berlangsung pada 17 Julai 2010 ( Sabtu ) di City Square, Johor Bahru. SIRC ini dianjurkan oleh New Straits Time dengan kerjasama RHB Berhad. SKTIE telah menghantar 4 orang wakil dan seorang guru pembimbing iaitu Pn Kamar Nazileen Bin Hussein. Peserta yang mewakili sekolah ialah Nur ‘Iffah Haziqah Bt Ja’far ( 5e1 ), Ahmad Fahmie B Hassan ( 5e1 ), Siti Zainab Beevi Bt Navutha Maricar ( 6e1 ) dan Isaac Mok Kai Xiang ( 6e1 ). Seorang daripada mereka iaitu Adik Isaac Mok telah Berjaya ke pusingan akhir dan berjaya menduduki tempat ke-4 dalam pusingan akhir tersebut. Hadiah yang diperolehi berupa wang tunai RM 800, sebuah plak dan sijil. Satu kejayaan yang membanggakan kerana ini merupakan penyertaan sulung SKTIE dalam Pertandingan SIRC peringkat Johor. | |
|
|
Hari Terbuka Sekolah Dan Jualan Amal |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Wednesday, 30 June 2010 |
Kepada Ibu Bapa / Penjaga MuridSK Taman Impian EmasHARI TERBUKA SEKOLAH DAN JUALAN AMAL TAHUN 2010Pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka seperti ketetapan di bawah :- Tarikh : 3 Julai 2010 ( Sabtu ) Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ( 10.00 pagi - 10.30 pagi waktu rehat guru ) Tempat : Kelas Lain - lain : 1. Murid-murid dibenarkan hadir bersama ibu bapa penjaga masing-masing dengan berpakaian uniform sekolah. 2. Ibu bapa penjaga murid-murid tahun 6 akan mengikuti taklimat bersama guru-guru tahun 6 jam 8.00 - 9.00 pagi di Dewan.Untuk makluman, ibu bapa / penjaga yang belum menjelaskan bayaran yuran PIBG boleh menjelaskannya melalui guru kelas masing-masing.Pihak sekolah juga akan mengadakan jualan amal pada hari tersebut.Pihak sekolah juga berbesar hati mengharapkan sumbangan berupa satu rim kertas A4 daripada ibu bapa/ penjaga bagi menampung keperluan ujian dan lembaran kerja murid-murid.
|
|
|
Pembelajaran Interaktif melalui Internet |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Tuesday, 29 June 2010 |
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) 2010-2011 KepadaIbu Bapa/ PenjagaMurid-murid SK Taman Impian EmasPEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET KE ARAH PELUASAN SEKOLAH BESTARISukacita dimaklumkan bahawa Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ( GMGBM ) telah menyediakan suatu kaedah Pembelajaran Interaktif melalui internet yang dikenali sebagai Zoom-A bagi memenuhi hasrat kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari.Program Zoom-A terdiri daripada 4 pengisian utama 1. Zoom A - Penjana Kecemerlangan Akademik ( Terdapat lebih 250 000 soalan latihan )2. Galari A - Gedung Ilmu Pengetahuan Sokongan ( Perpustakaan Digital dengan 13 jenis P&P )3. Webmel - Dimensi Baru Komunikasi Global ( E-mel peribadi pelajar )4. WebEdit - Modul Membina Laman Web ( Laman Web Peribadi )Laman web zoom-A dapat dilayari melalui alamat www.zoom-a.com.Setiap pelajar tahun 1 hingga 6 yang ingin melanggan program ini akan dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM 10.00 setahun untuk mendapatkan kata laluan masing-masing. Kepada yang berminat sila isi borang yang telah diedarkan beserta bayaran RM 10.00 dan kembalikan kepada guru kelas.
|
|
|
Penggunaa Fail Kecemerlangan ( Headcount ) dan Buku Nilam |
|
Ditulis oleh putera
|
|
Tuesday, 29 June 2010 |
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru 2010-2011
Kepada Ibu BapaPelajar SK Taman Impian Emas PENGGUNAAN FAIL KECEMERLANGAN ( HEADCOUNT ) DAN BUKU NILAM BAGI TAHUN 1 SERTA PENGGUNAAN FAIL KECEMERLANGAN ( HEADCOUNT ) BAGI TAHUN 2 HINGGA 5Sukacita dimaklumkan, PIBG dan pihak sekolah sentiasa berganding bahu dalam usaha mengukuhkan prestasi akademik serta mengekalkan momentum kecemerlangan pelajar sejajar dengan harapan semua pihak. Sehubungan itu, pihak sekolah bercadang menguatkuasakan penggunaan Fail Kecemerlangan ( Headcount ) untuk semua pelajar selaras dengan harapan Pengarah Pelajaran Negeri yang menginginkan setiap pelajar mempunyai Fail Kecemerlangan secara sistematik.Fail ini akan digunapakai sehingga tahun 6. Manakala tahun 1, penggunaan buku nilam pula akan bermula mulai bulan Julai ini. Bayaran boleh dibuat melalui guru kelas mulai 28 Jun 2010. Berikut disenaraikan butiran Fail Kecemerlangan tersebut. Tahun
| Tahun 1 shj
| Tahun 2 hingga 5
| | Item | Unit | Harga | Unit | Harga | Fail Kecemerlangan
| 1 | RM 7.00
| 1 | RM 7.00
| Buku Rekod Nilam
| 2 | RM 3.00
| Tiada | Tiada | | Jumlah | 3 | RM10.00 | 1 | RM 7.00
| |
|
| |
|
Tarikh Peperiksaan
UPPM 12, 3 dan 4 Mac 2010 PKSR 123, 24 dan 25 Mac 2010Jadual PKSR UPPM 225, 26 dan 27 Mei 2010Tahun 6 Sahaja Pep Setengah Tahun1, 2, 3 dan 4 Jun 2010Tahun 1 hingga 5 Percubaan UPSR / UPPM 3 27, 28 dan 29 Julai 2010 PKSR 224, 25 dan 26 Ogos 2010Jadual PKSR Pep Akhir Tahun26, 27, 28 dan 29 Okt 2010
Visitors
 | Hari ini | 175 |  | Semalam | 319 |  | Minggu ini | 1313 |  | Bulan ini | 6205 |  | Keseluruhan | 56509 |
|