Top Module Empty

Utama
Welcome to SK Taman Impian Emas, Johor Bahru
Spell-It-Right Challenge
Ditulis oleh putera   
Thursday, 22 July 2010

 

ImagePertandingan ini berlangsung pada 17 Julai 2010 ( Sabtu ) di City Square, Johor Bahru. SIRC ini dianjurkan oleh New Straits Time dengan kerjasama RHB Berhad. SKTIE telah menghantar 4 orang wakil  dan seorang guru pembimbing iaitu Pn Kamar Nazileen Bin Hussein. Peserta yang mewakili sekolah ialah Nur ‘Iffah Haziqah Bt Ja’far ( 5e1 ), Ahmad Fahmie B Hassan ( 5e1 ), Siti Zainab Beevi Bt Navutha Maricar ( 6e1 ) dan Isaac Mok Kai Xiang ( 6e1 ). Seorang daripada mereka iaitu Adik Isaac Mok telah Berjaya ke pusingan akhir dan berjaya menduduki tempat ke-4 dalam pusingan akhir tersebut. Hadiah yang diperolehi berupa wang tunai RM 800, sebuah plak dan sijil. Satu kejayaan yang membanggakan kerana ini merupakan penyertaan sulung SKTIE dalam Pertandingan SIRC peringkat Johor.

 
Hari Terbuka Sekolah Dan Jualan Amal
Ditulis oleh putera   
Wednesday, 30 June 2010

Kepada

Ibu Bapa / Penjaga Murid
SK Taman Impian Emas

HARI TERBUKA SEKOLAH DAN JUALAN AMAL TAHUN 2010

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka seperti ketetapan di bawah :-

   Tarikh : 3 Julai 2010 ( Sabtu )
   Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ( 10.00 pagi - 10.30 pagi waktu rehat guru )
   Tempat : Kelas
   Lain - lain : 1. Murid-murid dibenarkan hadir bersama ibu bapa penjaga masing-masing dengan berpakaian uniform sekolah.
                     2. Ibu bapa penjaga murid-murid tahun 6 akan mengikuti taklimat bersama guru-guru tahun 6 jam 8.00 - 9.00 pagi di Dewan.

Untuk makluman, ibu bapa / penjaga yang belum menjelaskan bayaran yuran PIBG boleh menjelaskannya melalui guru kelas masing-masing.

Pihak sekolah juga akan mengadakan jualan amal pada hari tersebut.

Pihak sekolah juga berbesar hati mengharapkan sumbangan berupa satu rim kertas A4 daripada ibu bapa/ penjaga bagi menampung keperluan ujian dan lembaran kerja murid-murid.

 
Pembelajaran Interaktif melalui Internet
Ditulis oleh putera   
Tuesday, 29 June 2010

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) 2010-2011

Kepada

Ibu Bapa/ Penjaga
Murid-murid SK Taman Impian Emas

PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET KE ARAH PELUASAN SEKOLAH BESTARI

Sukacita dimaklumkan bahawa Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ( GMGBM ) telah menyediakan suatu kaedah Pembelajaran Interaktif melalui internet yang dikenali sebagai Zoom-A bagi memenuhi hasrat kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari.

Program Zoom-A terdiri daripada 4 pengisian utama 

1. Zoom A - Penjana Kecemerlangan Akademik ( Terdapat lebih 250 000 soalan latihan )

2. Galari A - Gedung Ilmu Pengetahuan Sokongan ( Perpustakaan Digital dengan 13 jenis P&P )

3. Webmel - Dimensi Baru Komunikasi Global ( E-mel peribadi pelajar )

4. WebEdit - Modul Membina Laman Web ( Laman Web Peribadi )

Laman web zoom-A dapat dilayari melalui alamat www.zoom-a.com.

Setiap pelajar tahun 1 hingga 6 yang ingin melanggan program ini akan dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM 10.00 setahun untuk mendapatkan kata laluan masing-masing. Kepada yang berminat sila isi borang yang telah diedarkan beserta bayaran RM 10.00 dan kembalikan kepada guru kelas.

 
Penggunaa Fail Kecemerlangan ( Headcount ) dan Buku Nilam
Ditulis oleh putera   
Tuesday, 29 June 2010

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru 2010-2011

Kepada

Ibu Bapa
Pelajar SK Taman Impian Emas

PENGGUNAAN FAIL KECEMERLANGAN ( HEADCOUNT ) DAN BUKU NILAM BAGI TAHUN 1 SERTA PENGGUNAAN FAIL KECEMERLANGAN ( HEADCOUNT ) BAGI TAHUN 2 HINGGA 5

Sukacita dimaklumkan, PIBG dan pihak sekolah sentiasa berganding bahu dalam  usaha mengukuhkan prestasi akademik serta mengekalkan momentum kecemerlangan pelajar sejajar dengan harapan semua pihak. Sehubungan itu, pihak sekolah bercadang menguatkuasakan penggunaan Fail Kecemerlangan ( Headcount ) untuk semua pelajar selaras dengan harapan Pengarah Pelajaran Negeri yang menginginkan setiap pelajar mempunyai Fail Kecemerlangan secara sistematik.

Fail ini akan digunapakai sehingga tahun 6. Manakala tahun 1, penggunaan buku nilam pula akan bermula mulai bulan Julai ini. Bayaran boleh dibuat melalui guru kelas mulai 28 Jun 2010. Berikut disenaraikan butiran Fail Kecemerlangan tersebut.

 Tahun
 Tahun 1 shj
 Tahun 2 hingga 5
 Item Unit Harga Unit Harga
 Fail Kecemerlangan
 1 RM 7.00
 1 RM 7.00
 Buku Rekod Nilam
 2 RM 3.00
 Tiada Tiada
 Jumlah 3 RM10.00  1 RM 7.00
 

Tarikh Peperiksaan

 
UPPM 1
2, 3 dan 4 Mac 2010
 
PKSR 1
23, 24 dan 25 Mac 2010
Jadual  PKSR
 
UPPM 2
25, 26 dan 27 Mei 2010
Tahun 6 Sahaja
 
Pep Setengah Tahun
1, 2, 3 dan 4 Jun 2010
Tahun 1 hingga 5
 
 Percubaan UPSR
/ UPPM 3
27, 28 dan 29 Julai 2010
 
 PKSR 2
24, 25 dan 26 Ogos 2010
Jadual PKSR
 
 Pep Akhir Tahun
26, 27, 28 dan 29 Okt 2010
 

Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini177
mod_vvisit_counterSemalam319
mod_vvisit_counterMinggu ini1315
mod_vvisit_counterBulan ini6207
mod_vvisit_counterKeseluruhan56511

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pendidikan Johor


© 2010 www.saktie.com
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.